Category Archives: Personal Experience

Tentang PC Fair, Manusia dan Cinta

PC Fair 2006

8 – 10 December 2006, 11:00 am – 9:00 pm
5th Flr, Palm Court, Centre Point Sabah, Jalan Centre Point, 88000 Kota Kinabalu

 

PC Fair adalah antara acara tahunan yang aku tunggu di KK memandangkan di sini tidak ada Low Yat Plaza yang menjual pelbagai jenis aksesori komputer pada harga berpatutan. Pada masa sebeginilah para peniaga membuat promosi (walau tidak berhabis-habisan) dan berlakulah perang harga. Event seperti ini membolehkan pengguna boleh buat perbandingan harga barangan tanpa perlu bersusah payah menapak dari kedai ke kedai.

 

Ahad lepas, aku dengan semangat berkobar-kobar pergi ke PC Fair di Centre Point (CP), Kota Kinabalu. Ramai sungguh manusia dalam Dewan Pameran! Pergerakan dari booth A ke booth B ( yang cuma bersebelahan) pun boleh mengambil masa 3 minit. Traffic jam betul! Kalau traffic jam di jalan raya boleh tolerate lagi pasal dalam kereta ada aircond dan boleh pasang CD Republik Cinta sambil karaoke ngan Once.

 

Traffic jam di kalangan manusia amatlah merimaskan. Disajikan dengan pelbagai jenis aroma melebihi rasa masin, masam, dan pahit yang didatangkan pula dengan badan pelbagai bentuk . Tone suara pengunjung dan penjual kedengaran dari serendah-rendahnya sehingga ke pitching mengalahkan suara hujung tekak Steven Tyler. Last day bargain, suasana di dalam dewan riuh rendah dengan perang laungan promosi peniaga yang bersahut-sahutan macam di Petaling Street.

 

Pengalaman ke PC Fair kali ini memang amat memualkan. Aku lebih banyak nampak manusia daripada nampak aksesori yang dijual. Kadang-kadang nampak barang yang dekat dihati tapi nun jauh di mata. Berfikir 10 kali aku sebelum meredah traffic jam manusia. Aku harap next time organiser PC Fair cari tempat yang luas ataupun rancang peletakan booth supaya lebih mesra pelanggan.

 

Meskipun kunjungan ke PC Fair kali ini memang memualkan, aku dapat juga beli AIO office Jet 4355 yang sudah lama dalam wishlist aku. Good bargain. Aku juga skodeng satu beg laptop yang kelihatan seperti handbag wanita (sambil terbayang-bayang betapa femininnya aku bawa laptop ngan bag itu), cuma kaler tak lawa. Aku nak kaler hijau lumut, yang ada cuma pink.So tak jadi beli.

Satu perkara yang best juga berlaku. Aku telah jatuh cinta. Ya, Jatuh cinta pandang pertama ngan IMac 24 inci yang warnanya putih mulus. Sungguh menawan sekali! Aku nak….

 

 

3 Komen

Filed under Personal Experience

Updated: GRO tak jadi

This is a sequel for my entry related to my younger sister’s ‘journey’ to KL recently.

Being the first one to get married in my family, she left us when she’s only 17 to start her new life as a wife to her jobless husband. Although my parents offered their blessing to her marriage, I knew that deep inside they really worried about her.
Her decision to leave our barrack house 17 years ago brings mom to tears for days. It hurt me too, not because she left but because her selfish action deeply hurt mom. Since that day, we occasionally heard news about her whereabouts.

Penat plak cakap omputih ni..jadi macam cerita sedih. So entri ini diteruskan dalam bahasa rojak. Sorry banyak to omputih, omyamsen or om timor..

Rupa-rupanya pekerjaan yang dijanjikan oleh Mary a.k.a Mama Ayam bukanlah kerja kilang, kerja restoran atau apa-apa kerja mulia. Adikku dan 3 orang lagi dari Kota Marudu telah ditipu hidup-hidup (dan mati-mati pula mereka percaya). Pekerjaan gaji besar yang dijanjikan adalah sebagai GRO. Ya GRO. Bukan GURU tapi tukang GARU pelanggan-pelanggan yang mencari keseronokan dilayan perempuan2.

Pada hari adik aku hantar sms, 2 orang rakannya telah dihantar ke Kota Singa. (Bukan untuk menjadi penari tarian singa). Dia dan seorang lagi dikurung di bilik yang berlainan. Makanan tapau mereka dibeli di Restoran Selera Yusof, Kajang. (Nasib cashier letak resit dalam plastik). My Mom minta jasabaik sepupuku yang tinggal di Shah Alam untuk mencari adik di kawasan berdekatan. Tapi apakah yang boleh dibuat jika hanya nama restoran sahaja yang diketahui tanpa mengetahui alamat rumah?

Keesokan harinya, semasa pagi subuh adik aku berjaya melarikan diri dari rumah tersebut dan dia menuju ke Restoran Selera Yusof dengan bantuan orang ramai. (Terima kasih orang ramai). Suami sepupuku menjemput dia di sana dan memaklumkan aku tentang hal itu. Aku maklumkan emak supaya dia tak susah hati lagi. Adikku kini telah selamat pulang ke kampung. Kini aku menggelar dia GRO tak jadi.

Cerita ini dipendekkan kerana aku malas nak komen banyak. Dalam hati masih berbuku rasa marah pada adik sebab mengambil tindakan tanpa memikirkan akibatnya. Nak di pukul ngan rotan, dah terlebih umur plak. Cuma ini pengajaran kepada sumandak2 sabah yang bercita-cita nak cari kerja di Semenanjung. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji orang yang baru dikenali dengan hamburan wang gaji besar di KL!

*sumandak bermaksud gadis

1 Komen

Filed under Personal Experience

Restoran Selera Yusof – Anyone?

I received this sms today:

” Kak Mie, tolong kirim duit. Tiada tambang balik kampung”.

In response to her SOS, I called my younger sister just to find out that she had left KK for KL few days ago without informing anyone. The very reason for her sudden plight to KL was to find a job, as promised by her friend Mary. There was no job waiting for her and she claimed that she was locked in a house somewhere in Kajang. No address. She only mentioned the name of Restoran Selera Yusof and Taman Jasmin, Kajang based on a receipt she found in her room.I told her to try to go to the nearest police station (as if she knew the neighbourhood).

I call mom. Mom call my sister. Mom also call my cousin who is currently working in a factory in Shah Alam. My Cousin P & her hubby will contact my sister to pick her up in Kajang and inform us later on. For today, that’s the news. I hope it turns out okay tomorrow.

p/s Plan to visit Kota Kinabalu? Drop me an email if you need any tips.

1 Komen

Filed under Personal Experience

012 + 016 – 019 = ?

Maksud tajuk entri di atas ialah, buat pada masa ini aku ada 2 no. untuk di hubungi. Manakala nombor yang ketiga telah kutamatkan perkhidmatan. Alasan? Service Counter yang sangat tidak cekap. Pekerja dan computer online. Kedua-duanya telah membuat aku kena migrain 3 hari 3 malam. Sampai sekarang aku masih tidak puas hati bila aku kena bayar semula bil TM Touch yang telah aku langsaikan tahun 2003 dulu.

Puncanya adalah kerana integration sistem TM Touch & Celcom yang palui, menyebabkan nama aku masuk dalam senarai blacklist Service Provider kononnya berhutang. Itupun aku sedar apabila nak register no. baru awal tahun ni. Susah jugak nak berkeras sebab resit pembayaran TM Touch telah aku lupuskan selepas 3 tahun. Selepas satu bulan guna servis dia, aku decide terminate line tu sebab pakej tak best. Dalam iklan gila-gila claimed yang service doranglah paling jimat yet in reality (dalam kes akulah-kes orang lain aku tak ambik pot) tak jimat langsung.

Then aku register pakej 75 Maxis. Pakej semua dalam satu (bil RM75 termasuk panggilan dan sms). Sesuai ngan keperluan aku. Dapat no. cantik lagi ( tapi taklah secantik no. my other half). Line Digi aku masih maintain dari dulu sebab family line. Jimat untuk contact parents dan adik-adikku yang suka miss call.

Maka itulah ceritanya tentang kisah 012 + 016 – 019 .

Tinggalkan komen

Filed under Personal Experience