Daily Archives: November 8, 2006

012 + 016 – 019 = ?

Maksud tajuk entri di atas ialah, buat pada masa ini aku ada 2 no. untuk di hubungi. Manakala nombor yang ketiga telah kutamatkan perkhidmatan. Alasan? Service Counter yang sangat tidak cekap. Pekerja dan computer online. Kedua-duanya telah membuat aku kena migrain 3 hari 3 malam. Sampai sekarang aku masih tidak puas hati bila aku kena bayar semula bil TM Touch yang telah aku langsaikan tahun 2003 dulu.

Puncanya adalah kerana integration sistem TM Touch & Celcom yang palui, menyebabkan nama aku masuk dalam senarai blacklist Service Provider kononnya berhutang. Itupun aku sedar apabila nak register no. baru awal tahun ni. Susah jugak nak berkeras sebab resit pembayaran TM Touch telah aku lupuskan selepas 3 tahun. Selepas satu bulan guna servis dia, aku decide terminate line tu sebab pakej tak best. Dalam iklan gila-gila claimed yang service doranglah paling jimat yet in reality (dalam kes akulah-kes orang lain aku tak ambik pot) tak jimat langsung.

Then aku register pakej 75 Maxis. Pakej semua dalam satu (bil RM75 termasuk panggilan dan sms). Sesuai ngan keperluan aku. Dapat no. cantik lagi ( tapi taklah secantik no. my other half). Line Digi aku masih maintain dari dulu sebab family line. Jimat untuk contact parents dan adik-adikku yang suka miss call.

Maka itulah ceritanya tentang kisah 012 + 016 – 019 .

Tinggalkan komen

Filed under Personal Experience