Daily Archives: November 15, 2006

Updated: GRO tak jadi

This is a sequel for my entry related to my younger sister’s ‘journey’ to KL recently.

Being the first one to get married in my family, she left us when she’s only 17 to start her new life as a wife to her jobless husband. Although my parents offered their blessing to her marriage, I knew that deep inside they really worried about her.
Her decision to leave our barrack house 17 years ago brings mom to tears for days. It hurt me too, not because she left but because her selfish action deeply hurt mom. Since that day, we occasionally heard news about her whereabouts.

Penat plak cakap omputih ni..jadi macam cerita sedih. So entri ini diteruskan dalam bahasa rojak. Sorry banyak to omputih, omyamsen or om timor..

Rupa-rupanya pekerjaan yang dijanjikan oleh Mary a.k.a Mama Ayam bukanlah kerja kilang, kerja restoran atau apa-apa kerja mulia. Adikku dan 3 orang lagi dari Kota Marudu telah ditipu hidup-hidup (dan mati-mati pula mereka percaya). Pekerjaan gaji besar yang dijanjikan adalah sebagai GRO. Ya GRO. Bukan GURU tapi tukang GARU pelanggan-pelanggan yang mencari keseronokan dilayan perempuan2.

Pada hari adik aku hantar sms, 2 orang rakannya telah dihantar ke Kota Singa. (Bukan untuk menjadi penari tarian singa). Dia dan seorang lagi dikurung di bilik yang berlainan. Makanan tapau mereka dibeli di Restoran Selera Yusof, Kajang. (Nasib cashier letak resit dalam plastik). My Mom minta jasabaik sepupuku yang tinggal di Shah Alam untuk mencari adik di kawasan berdekatan. Tapi apakah yang boleh dibuat jika hanya nama restoran sahaja yang diketahui tanpa mengetahui alamat rumah?

Keesokan harinya, semasa pagi subuh adik aku berjaya melarikan diri dari rumah tersebut dan dia menuju ke Restoran Selera Yusof dengan bantuan orang ramai. (Terima kasih orang ramai). Suami sepupuku menjemput dia di sana dan memaklumkan aku tentang hal itu. Aku maklumkan emak supaya dia tak susah hati lagi. Adikku kini telah selamat pulang ke kampung. Kini aku menggelar dia GRO tak jadi.

Cerita ini dipendekkan kerana aku malas nak komen banyak. Dalam hati masih berbuku rasa marah pada adik sebab mengambil tindakan tanpa memikirkan akibatnya. Nak di pukul ngan rotan, dah terlebih umur plak. Cuma ini pengajaran kepada sumandak2 sabah yang bercita-cita nak cari kerja di Semenanjung. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji orang yang baru dikenali dengan hamburan wang gaji besar di KL!

*sumandak bermaksud gadis

1 Komen

Filed under Personal Experience